|
Hai Welcome Here
|
refresh
profile
tutorial
affies
twitter
follow
Sinopsis Eksperimen Cinta (Novel Review)}
Thursday, June 25, 2015 | 8:47 AM | 1Comment Novel : Ekperimen Cinta Sinopsis dari kulit novel Eksperimen Cinta:
Kali pertama bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri.
"Awak jangan menyesal kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur"
"Oh, ya?! Kalau cap Gilitte Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun."
Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tidak lebih daripada sebuah ekperimen saja. Ada sebab dia berkahwin. Sebab dia bukanlah seorang yang tewas. Dan bagi Damia, selagi lafaz talak belum terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron meneruskan ekpserimen cintanya?
Sinopsis Ringkas
Detik pertemuan sebagai wakil syarikat Raffi Holdings membuatkan Damia Farisha terperangkap dalam rancangan gila Tengku Aaron. Dia dipaksa kahwin namun tanpa sebarang tandatangan kontrak hanya dengan ugutan Tengku Aaron untuk menarik balik sponsor yang ditawarkan kepada syarikat Raffi Holdings. Dalam diam, Aaron sebenarnya ingin membuktikan kepada kembarnya dan bekas kekasihnya, Seri yang dia mampu hidup bahagia tanpa mereka. Hal ini kerana, mereka berdua telah curang di belakang Tengku Aaron dan berlaku salah faham semasa mereka di luar negara.
Dendam berterusan sehinggalah Seri meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dan hasil pujuk rayu Tengku Andrean dan slow talk yang dilakukan Damia, akhirnya Tengku Aaron mampu memaafkan Seri disaat akhir Seri menghembuskan nafas terakhir. Untuk kesekian kali, Tengku Aaron dan Tengku Andrean masih tidak bertegur sapa.
Selepas satu episod pergaduhan dan Damia membawa diri ke kampung, Tengku Aaron meyedari bahawa dirinya telah jatuh cinta. Setelah meluahkan isi hatinya, Damia telah menolak keras akan hal itu disebabkan perubahan itu sangat drastik dan tidak boleh terima dek akal. Walaupun hubungan mereka bukanlah seperti pasangan yang lain, namun saat berjauhan dua hati mulai merindu.
Siapa sangka alam perkahwinan mampu merapatkan dua hati yang sentiasa bercakaran dan bertelingkah dengan maki hamun. Akhirnya, mimpi istikarah yang lalu kembali berulang dan saat itu Damia yakin Tengku Aaron benar-benar jodohnya.
Dalam pada itu, Damia yang cuba memulihkan keadaan berjaya dengan memujuk Tengku Aaron dan akhirnya dua kembar itu kembali bertegur sapa seperti sediakala. Hubungan rumah tangga mereka yang bahagia akhirnya diduga dengan kehadiran Salmy yang membawa berita kehamilan akan anak Tengku Aaron. Namun, Damia lebih dulu bertindak dan membawa ayah sebenar akan anak dalam kandungan Salmy untuk bertanggungjawab dan Salmy melarikan diri akibat malu.
Ulasan dan Komen
Jalan cerita yang cliche dan pengakhiran yang dapat diteka. Namun, bagi setiap dialog dalam novel ini sangat bersahaja dan mampu membuatkan saya tersenyum sampai ke muka surat yang terakhir. Konflik yang tidak terlalu ringan namun tidaklah terlalu mendera jiwa para pembaca. Walaupun, mungkin 75% dari novel ini merupakan kisah cinta, namun tidak keterlaluan saya katakan sweetnya yang mencuit hati dan tidak terlalu cheesy untuk pembaca remaja. Dah tiga kali saya ulang novel ni, dan tiga kali jugak mampu tarik senyuman sampai telinga! Hehehe
|



Nice blog here!
Post a Comment
Your comments are highly appreciated.